Tuesday, 14 August 2012

Piala Perisai Komuniti: Chelsea 2-3 Manchester City

202576hp2
Sempena pembukaan tirai Liga Perdana Inggeris 2012/13, perlawanan Piala Perisai Komuniti telahpun berlangsung semalam antara pasukan Juara Liga Eropah dan juga Juara Liga Perdana Inggeris. Tepat pukul 8.30 malam (waktu Malaysia), perlawanan antara Chelsea dan Manchester City telah mengambil tempat di Villa Park, Birmingham.
Kehadiran dijangkakan melebihi 30, 000 dan kedua-dua pasukan telah berjaya menunjukkan rentap perlawanan masing-masing.
Pada minit ke-40, Fernando Torres telah berjaya menjaringkan gol pertama buat Chelsea selepas  berjaya memperdayakan pemain pertahanan City.

Torres berjaya menjaringkan gol pembukaan buat Chelsea
Namun selang beberapa minit, pemain Chelsea iaitu Branislav Ivanovic telah mendapat kad merah akibat terjahan yang mungkin berbahaya terhadap Kolarov.

Ivanovic melakukan terjahan berbahaya terhadap Kolarov
Dengan bermain hanya 10 pemain, Chelsea terpaksa berhadapan dengan kental pada separuh masa kedua dimana Yaya Toure berjaya meledakkan satu gol penting pada minit ke-53 dan menyamakan kedudukan 1-1. Yaya Toure berjaya mengelak daripada diasak John Terry seterusnya melakukan sepakan lerek yang laju ke gawang gol.

Yaya Toure meledakkan gol penyamaan buat City
Pada minit ke-58, tanpa disedari Tevez telah berjaya melakukan sepakan seumpama misil keatas dengan kencang selepas berjaya mengelecek bola untuk melepasi David Luiz.

Sepakan peluru Tevez mengejutkan semua
Chelsea kelihatan gugup namun berjaya menstabilkan sedikit perlawanan. Tetapi, City sedia mengambil langkah drastik dengan terus menyerang tanpa henti sehinggalah Kolarov berjaya menghasilkan sepakan penjuru dan Nasri terus mengambil kesempatan dengan menjaringkan gol ketiga buat City. Peter Cech hanya mampu melihat kerana gol itu sememangnya susah ditempis walaupun sekiranya diletakkan Joe Hart sekalipun.

Peter Cech terpaku melihat jaringan sudut Samir Nasri

Reaksi Nasri selepas menjaringkan gol ketiga buat City
Pada minit berikutnya, Chelsea mula mengatur langkah dan bermain dengan baik. City mula menunjukkan tanda keletihan selepas menunjukkan aksi baik selama 12 minit untuk menghasilkan 3 gol.
Chelsea telah membuat penukaran pemain dengan memasukkan Bertrand untuk menggantikan Eden Hazard. Pada minit ke-78, akibat kecuaian penjaga gol kedua Manchester City, Bertrand tidak mensia-siakan bola yang ditempis oleh Pantilimon hasil sepakan Daniel Sturridge dan berjaya memberikan gol yang kedua buat Chelsea. Pantilimon mendapat kad kuning kerana cuba membantah arahan pengadil.

Pantilimon melakukan kesilapan dan berjaya diambil oleh Bertrand
Pada masa tambahan 4 minit, Peter Cech cuba naik ke gawang gol City untuk membantu pasukannya menjaringkan gol penyamaan buat Chelsea selepas Chelsea mendapat tendangan penjuru. Namun, tidak berjaya dan pengadil meniupkan wisel untuk memastikan kemenangan adalah milik City.
Manchester City menang 3-2 dengan Chelsea untuk Piala Perisai Komuniti 2012.  Tahniah buat City.

Tarian Poznan selepas City bangkit kembali pada babak kedua perlawanan

No comments:

Post a Comment